Tuesday, February 3, 2009

Awal Mukaddimah Biro Latihan & Penyelidikan


Kalam pujian dipanjatkan kepada Tuhan Rabbul Jalil, selawat & salam kepada junjungan Nabi Muhamada s.a.w. Biro ini telah mengadakan beberapa pertemuan bersama-sama ahli jwatankuasa kecil & biro ini menyasarkan beberapa aktiviti di bawah untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2009

  • Mengadakan Program Perkaderan SPMM ( Telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini )
  • Mengadakan kursus Fasilitator Gemilang
  • Mengadakan kursus Pidato & Pengucapan Awam
  • Mengadakan Program Smart Leader
  • Mengadakan Wacana Pemikiran & Pembangunan Intelektualisme Mahasiswa
Progra-program di atas merupakan teras kepada biro ini & aktiviti-aktiviti di atas menjadi aktiviti tahunan dalam takwim biro. Beberapa aktiviti cadangan yang menjadi perancangan :

  • Penyelidikan ke atas isu Palestin ( Alternatif kepada barangan yang diboikot )
  • Penilaian & pelaksanaan kepada dapatan pembentangan dalam Program Perkaderan
  • Program Alumni ESQ training di USIM
  • Survey dalam USIM mengenai SPMM USIM
  • Rutin mingguan mengemaskini blog ini
Dakwah Tiada Henti maka begitulah komitmen yang akan ditunjukkan oleh biro ini dalam mengembleng tenaga & memerah idea dalam usaha meningkatkan mutu dakwah di kalangan para duat di USIM. Semoga apa yang dirancang mendapat keberkatan & kemudahan daripada Allah Taala.

2 comments:

  1. Jgn lupa latihan mingguan utk ahli SPMM,kalau boleh jadikan sbg keutamaan.Penting utk pembangunan ahli yg berterusan

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..kami akan ambil ihtimam untuk perkara ini..

    ReplyDelete